Kos Pasang Aircond Daikin 2026 — Panduan Harga Lengkap

Kos Pasang Aircond Daikin 2026 — Panduan Harga Lengkap

6 min bacaan

Kos Pasang Aircond Daikin 2026 — Semua Yang Anda Perlu Tahu

Bila nak pasang aircond Daikin, ramai orang focus pada harga unit sahaja. Tapi kos sebenar termasuk pemasangan, piping, wiring, dan mungkin trunking. Artikel ini breakdown semua kos supaya anda boleh bajet dengan tepat dan takde surprise charges.

Kos Unit Daikin + Pemasangan Standard

Harga ini termasuk unit Daikin baru + pemasangan standard (bracket, piping 10 kaki, wiring asas, drain pipe):

HPInverter (dari)Non-Inverter (dari)
1.0 HPRM1,580RM1,480
1.5 HPRM1,980RM1,780
2.0 HPRM2,980RM2,680
2.5 HPRM3,380RM3,080
3.0 HPRM4,080RM3,680

Kos Tambahan Yang Mungkin Timbul

Selain harga unit + pasang standard, ada beberapa kos tambahan yang mungkin berlaku bergantung pada situasi rumah anda:

ItemHargaBila Diperlukan
Piping tambahanRM30-50/kakiJarak indoor ke outdoor melebihi 10 kaki
Trunking (PVC)RM150-300Kalau nak sembunyikan piping — nampak lebih kemas
Hacking dindingRM80-150Kalau perlu buat lubang baru melalui dinding konkrit
Power point baruRM100-200Kalau takde power point 13A/15A berdekatan
Bracket outdoorRM80-150Kalau outdoor unit perlu mount di dinding (bukan letak atas lantai)
Relocate/trade-in lamaRM100-300Kalau nak buang aircond lama dan ganti baru

Contoh Kos Sebenar

Untuk memberikan gambaran realistik, ini contoh kos sebenar untuk beberapa situasi biasa:

Situasi 1: Bilik tidur standard (paling biasa)

  • Daikin FTKM 1.5HP inverter: RM2,380
  • Piping standard 10ft: termasuk
  • Jumlah: RM2,380

Situasi 2: Bilik tingkat atas, outdoor unit jauh

  • Daikin FTKM 1.5HP inverter: RM2,380
  • Piping tambahan 15ft x RM40: RM600
  • Trunking: RM200
  • Jumlah: RM3,180

Situasi 3: Rumah baru, pasang 3 unit sekaligus

  • 3x Daikin BLUVI 1.5HP: 3 x RM2,200 = RM6,600
  • Diskaun bundle 3 unit: -RM300
  • Jumlah: RM6,300

Tips Jimat Kos Pemasangan

  • Pasang multiple unit sekaligus — technician datang sekali, jimat transport dan labour. Biasanya diskaun RM50-100 setiap unit.
  • Pilih lokasi indoor yang dekat dengan outdoor — kurangkan piping tambahan. Setiap kaki piping RM30-50.
  • Guna lubang sedia ada — kalau dah ada lubang dari aircond lama, takde kos hacking.
  • Pertimbangkan sewa belisewa beli dari RM109/bulan kalau tak mahu keluar duit besar sekaligus.

Yang Termasuk Dalam Pemasangan Kami

Bila anda beli dan pasang aircond Daikin melalui kami, ini yang termasuk:

  • Unit Daikin brand new dengan warranty penuh
  • Bracket indoor dan outdoor
  • Copper piping 10 kaki (insulated)
  • Drain pipe
  • Wiring asas
  • Testing dan commissioning
  • Clean up selepas kerja siap

Nak quotation tepat untuk rumah anda?

WhatsApp kami dengan gambar lokasi pemasangan — kami bagi quotation all-in tanpa hidden charges.

WhatsApp Sekarang

Ada Soalan? WhatsApp Kami Terus.

Kami reply dalam masa 1 jam waktu bekerja. Tak payah call, tak payah isi borang. WhatsApp je.

WhatsApp Sekarang

Artikel Berkaitan

WhatsApp Kami